Posts

Soalan Esei

  1. Bagaimanakah semangat tersebut telah mempengaruhi semangat nasionalisme di Asia Tenggara? Semangat nasionalisme telah mempengaruhi semangat nasionalisme di Asia Tenggara apabila orang Barat telah mencetuskan konflik yang membuatkan rakyat di Asia Tenggara bertambah berani dan bersemangat untuk menentang penjajah. Contohnya, Nasionalisme di Filipina iaitu Jose Rizal telah menubuhkan liga Filipina pada tahun 1892 untuk mendesak kerajaan Sepanyol supaya melakukan perubahan politik,ekonomi dan sosial di Filipina. Peritiwa ini boleh dikaitkan dengan key concept ,Change iaitu penduduk berubah dari rakyat penjajah kepada rakyat yang sanggup berjuang demi kepentingan rakyatnya. Terdapat banyak perkara yang dilakukan pada generasi terdahulu dalam mencapai kedaulatan dan kemerdekaan yang seharusnya kita hargai dan seharusnya kita kenang dengan cara menyambut Hari Kemerdekaan dan berkunjung ke muzium dalam mempelajari sejarah terdahulu.Seperti yang dikatakan oleh Profesor Emeritus Tan Sr...

Perang Dunia Pertama dan Kedua

  Perang Dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah yang membawa persaingan antara kuasa imperalis untuk mempertahankan kepentingan masing-masing. Persaingan tersebut telah mencetuskan Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Dunia Kedua (1939-1945) yang memberikan kesan besar terhadap penduduk dunia.   Perang Dunia Pertama Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara di Eropah termasuk Empayar uthmaniyah. Faktor: ·          Persaingan kuasa Imperalis – untuk mendapatkan tanah jajahan (memperoleh bahan mentah) ·          Pakatan tentera – permusuhan antara kuasa eropah membawa kepada pakatan ketenteraan (Pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga) ·          Krisis Rantau Balkan – permusuhan Autria-Hungary dengan Serbia. (kemuncak-pembunuhan Archduke Ferdinand,Putera Mahkota Austria-Hungary dan isteriny...

Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

  Nasionalisme di Asia Tenggara berakar umbi daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang berlaku di Filipina, Burma (myanmar), Vietnam dan Indonesia, Namun begitu, di Thailand, gerakan nasionalisme bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman imperialisme. N asionalisme di Filipina • Muncul untuk menghapuskan penjajahan asing. • Antara tokoh nasionalis penting ; Jose Rizal, Andres Bonifacio, Emilio Aguinaldo • Nasionalis peringkat awal berbentuk Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal. Gerakan ini menuntut Filipina untuk dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyo yang mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol. Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 untuk mendesak kerajaan Sepanyol melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial di Filipina. • Kegagalan Propaganda mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal. • Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperole...

Perkembangan Nasionalisme di Asia

  Perkembangan nasionalisme di Asia merupakan kesinambungan idea nasionalisme di Barat kesan daripada perkembangan yang berlaku dengan bangsa Eropah. Kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia mencetuskan kebangkitan nasionalisme seperti India, China, Mesir, Empayar Uthmaniyah dan Jepun. Na sionalisme di India • Merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British. • Kebangkitan rakyat tempatan dalam Dahagi India 1857. • Nasionalisme awal bercorak gerakan yang memberikan perhatian kepada isu sosioagama. • Brahmo Samaj dan Arya Samaj - pertubuhan penting yang menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan dari pengaruh budaya Barat • Perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelek yang memulakan gerakan lebih tersusun dengan menubuhkan Kongres Kebangsaan India (INC) pada 1885 dan Liga Muslim pada 1906. • Gerakan bersifat keras yang diketuai oleh nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal yang menggerakkan sem...

Perkembangan Nasionalisme di Barat

  Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada pentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. Selain itu, nasionalisme juga dikaitkan dengan perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing. Revolusi Keagungan • Berlaku disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat. • Tercetus berikutan pemerintahan Raja James II yang membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang. • Ahli parlimen menentang raja berkuasa mutlak. • Disokong oleh Mary II dan suami Raja William of Orange dari Belanda. • Raja James II menyedari bahawa sokongannya semakin kurang dan lari ke Perancis. • Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa secara aman tanpa pertumpahan darah. • Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai. Revolusi Amerika • Merupakan reaksi orang Amerika untuk menentang p...

Maksud Nasionalisme

Image
Nasionalisme bermaksud perasan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme juga boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan untuk menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Selain itu, nasionalisme juga membawa maksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. Idea nasionalisme ini tidak sama dengan antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan,agama, bahasa dan adat resam. Beberapa orang Tokoh dan sejarawan telah memberikan tafsiran berkaitan dengan maksud nasionalisme mengikut pandangan mereka:   Hans Kohn satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya  Professor William R.Roff kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua. (ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu ser...