Perkembangan Nasionalisme di Barat

 Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada pentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. Selain itu, nasionalisme juga dikaitkan dengan perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing.


Revolusi Keagungan

Berlaku disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.
• Tercetus berikutan pemerintahan Raja James II yang membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang.
• Ahli parlimen menentang raja berkuasa mutlak.
• Disokong oleh Mary II dan suami Raja William of Orange dari Belanda.
• Raja James II menyedari bahawa sokongannya semakin kurang dan lari ke Perancis.
• Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa secara aman tanpa pertumpahan darah.
• Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.


Revolusi Amerika

Merupakan reaksi orang Amerika untuk menentang penjajahan British kerana British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British.
• Menentang akta yang diperkenalkan untuk memungut cukai di jajahan ; Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh.
• Menggunakan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.
• George Washington mengetuai kongres dan mengisytiharkan perang terhadap British demi memperjuangkan kemerdekaan Amerika.
• Kongres meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika.
• Revolusi berakhir pada 1783 dengan British mengakui kemerdekaan Amerika.
• 113 buah bekas tanah jajahan digabung dan diberi nama baharu sebagai Amerika Syarikat yang memperkenalkan sistem pemerintahan demokrasi.


Revolusi Perancis

Tercetus daripada idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraa oleh golongan pemikir Perancis, Jean Jacques Rousseau dan Voltaire.
•Rousseau telah menulis The Social Contract yang mengemukakan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
•Suara rakyat adalah merupakan kata sepakat golongan yang mempunyai kesedaran dan kedaulatan suara rakyat lebih penting daripada institusi raja dan birokrasi
•Sasaran golongan revolusi adalah terhadap pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan yang memonopoli pelbagai keistimewaan dan sebaliknya rakyat terbeban dengan cukai
•Golongan revolusi menggempur penjara Bastile untuk membebaskan tahanan politik dan terus menggulingkan Raja Louis XVI
•Kemunculan Republik Perancis yang mengakhiri sistem pemerintahan beraja di Perancis.

Comments