Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Nasionalisme di Asia Tenggara berakar umbi daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang berlaku di Filipina, Burma (myanmar), Vietnam dan Indonesia, Namun begitu, di Thailand, gerakan nasionalisme bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman imperialisme.
Nasionalisme di Filipina
• Muncul untuk menghapuskan penjajahan asing.
• Antara tokoh nasionalis penting ; Jose Rizal, Andres Bonifacio, Emilio Aguinaldo
• Nasionalis peringkat awal berbentuk Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal. Gerakan ini menuntut Filipina untuk dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyo yang mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol. Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 untuk mendesak kerajaan Sepanyol melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial di Filipina.
• Kegagalan Propaganda mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal.
• Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan melalui revolusi dengan menggunakan akhbar Kalayan untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat.
• Bonifacio bersama Aguinaldo memimpin Katipunan melancarkan Revolusi Filipina 1896 untuk menyingkirkan pemerintahan Sepanyol, namun gagal.
• Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina.
• Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo 1899 tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat sebaliknya di bawah Amerika Syarikat, golonga nasionalis mengubah strategi perjuangan dengan menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana.
• Pendekatan kerjasama membolehkan Sergio Osmena (pemimpin Parti Nasionalis) dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina pada tahun 1907.
• Gerakan menuntut kemerdekaan diteruskan oleh golongan nasionalis sehingga Perang Dunia ke-2.
Nasionalisme Burma (Myanmar)
• ialah manifestasi perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan petani menentang imperialisme British.
• Nasionalisme digerakkan oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat berikutan pengaruh British mengancam kedudukan agama Buddha.
• Persatuan Belia Buddha, 1906 untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma dengan menggunakan isu kasut.
• Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma berkaitan isu memperjuangkan bangsa Burma
• 1920, berlaku revolusi pelajar menuntut penubuhan universiti.
• Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi dan mencetuskan Pemberontakan Saya San dan mendapat sokongan petani yang terbeban dengan pelbagai cukai.
• Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 yang memisahkan Burma dan India.
• Perlembangaan tersebut merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri
• Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone untuk memperjuangkan kemerdekaan Burma.
• Pemimpin parti ; Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri sebagai “Thakin” yang bermaksud tuan dan menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma.
• Dr. Ba Maw memenangi pilihanraya pada tahu 1937 dan dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.
Nasionalisme di Vietnam
• Muncul akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis selepas 1918.
• Gerakan dipeloporiipelopori golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.
• Mereka memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.
• Kemunculan golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis.
• Nasionalisme Vietnam disalurkan melalui akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee yang mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam.
• Pertama bercorak revolusi yang didokong dua aliran ideologi
• Parti utama aliran nasionalisme ialah Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) atau Parti Nasionalis Vietnam pimpinan Nguyen Thai Hoc.
• Komunisme diterajui oleh Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh
• Perjuagan VNQDD berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme
• Parti ini melancarkan pemberontakan 1930 untuk mengusir Perancis dan menubuhkan kerajaan republik Vietnam.
• Memberi kesempatan kepada Perancis untuk melumpuhkan gerakan dengan menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum Nguyen Thai Hoc
•Perjuangan Ho Chi Minh melalui PKV berjaya mengisytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam.
• Beliau dilantik sebagai presiden pertama manakala Vietnam Selatan berpusat di Saigon berada di bawah Perancis dan Amerika Syarikat.
• Gerakan menentang Barat diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk 1976.
Nasionalisme Di Indonesia
• Berkisarkan Isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar Belanda
• Peranan Adjeng Kartini sebagai pelopor perjuangan untuk memajukan pendidikan wanita.
• Karya (surat) diutuskan kepada rakan di Eropah dibukukan dan diterbitkan berjudul Hilang Gelap Terbitlah Terang.
• Karya diterjemah ke bahasa Inggeris dengan judul Letters of Javanese Princess.
• Karya mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran.
• Peranan Pertubuhan Muhammadiyah - Lebih tersusun untuk mempertahankan agama Islam dari ancaman sekularisme Barat.
• Sarekat Islam - lebih radikal - memperjuang kemerdekaan.
• Partai Nasionalis Indonesia ( PNI ) – Sebuah parti yang berpengaruh di bawah pimpinan Soekarno.
• Kongres pemuda Indonesia melajirkan ikrar “ sumpah pemuda “ yang menjadi tonggak nasionalisme.
• Tiga asas sumpah tersebut – satu tanah air, satu bangsa dan satu Bahasa.
Partai Nasional Indonesia. ( PNI )
• Pelajar Indonesia di Belanda menubuhkan Perhimpunan Indonesia berjuang ke arah merdeka.
• Tegas tidak bekerjasama dgn Belanda Perhimpunan berjaya mendapat sokongan.
• Ahli perhimpunan pulang ke Indonesia dan menubuhkan kelab pelajar di beberapa bandar
• Kelab sebagai pusat perbincangan dan idea perjuangan.
• Paling aktif Kelab Pelajar Bandung.
•Soekarno menubuhkan Perserikatan Nasional Indonesia pd 4 Jun 1927.
• Menukar nama kepada Partai Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Soekarno dan dibantu Ir. Anwari, Iskaq Tjokrohhadisoerjo, Sunarjo, Dr. Tjipto Mangunkusumo dan Ali Sastroamidjojo.
• Matlamat
- Menuntut kemerdekaan mutlak.
- Menyatukan rakyat melalui gabungan parti politik
- Membentuk kerajaan demokrasi berparlimen yang bertanggungjawab kepada rakyat.
- Memartabatkan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi Perjuangan PNI.
- Secara radikal untuk capai matlamat bebaskan Indonesia dr Belanda.
• Usaha - Usaha PNI
- Tidak bekerjasama dgn Belanda.
- Sebar idea melalui akhbar Banteng Priangan di Bandung dan Persatuan Indonesia di Jakart.
- Keluar ikrar “Sumpah Pemuda” yang menekankan “semua rakyat Indonesia adalah sebangsa, sebahasa dan senegara”.
- Soekarno menyatukan rakyat dan PNI dapat sambutan.
- PNI gabungkan parti sedia ada seperti Kelab Pelajar Surabaya, Budi Utomo, Pasundan, Ikatan Sumatera, Sarekat Islam dan Kaum Betawi
Nasionalisme di Thailand
• Berbeza dengan negara lain yang bersifat antipenjajah dan kemerdekaan.
• bertujuan mempertahankan kedaulatan negara serta tuntut penglibatan rakyat dlm pemerintahan
• Dipelopori Raja Thailand melalui diplomasi dan pemodenan.
Peranan Raja Mongkut
• Membina hubungan baik dengan Barat seperti British, Amerika Syarikat dan Perancis
• Langkah pemodenan dengan melaksanakan birokrasi Barat.
• Penasihat Barat dibawa untuk mellatih pegawai tempatan dalam bidang kewangan, pelabuhan, kastam, ketenteraan dan polis.
• Guru Barat dari British untuk melaksanakan pendidikan Barat.
• Membentuk imej Thailand sebagai negara bersahabat dgn Barat
Comments
Post a Comment