Perang Dunia Pertama dan Kedua

 Perang Dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah yang membawa persaingan antara kuasa imperalis untuk mempertahankan kepentingan masing-masing. Persaingan tersebut telah mencetuskan Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Dunia Kedua (1939-1945) yang memberikan kesan besar terhadap penduduk dunia.

 

Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara di Eropah termasuk Empayar uthmaniyah.

Faktor:

·         Persaingan kuasa Imperalis – untuk mendapatkan tanah jajahan (memperoleh bahan mentah)

·         Pakatan tentera – permusuhan antara kuasa eropah membawa kepada pakatan ketenteraan (Pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga)

·         Krisis Rantau Balkan – permusuhan Autria-Hungary dengan Serbia. (kemuncak-pembunuhan Archduke Ferdinand,Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya Sophie)

Berakhir

·         Persidangan Damai Paris- tujuan untuk memastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman keamanan di Eropah (Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson)

·         Perjanjian Versailles- ditandatangani  antara Pakatan Bertiga dengan Jerman

Kesan

·         Keruntuhan pemerintahan beraja

·         Kemunculan negara baharu

·         Kesan terhadap negara kita

 

Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua medan pertempuran iaitu di Eropah dan Asia Pasifik. Peperangan di Eropah tertumpu di negara Eropah dan Utara Afrika. Peperangan di Asia Pasifik pula tertumpu di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. Peperanga  ini melibatkan dua pakatan iaitu Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu.

Perang Dunia Kedua di Eropah

Faktor

·         Kemunculan ideology baharu – Fasisme dan Nazisme

·         Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles

·         Kegagalan liga bangsa-bangsa

Peristiwa

·         Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat

·         Pengboman Britian

·         Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah

·         Serangan Jerman ke atas Rusia

Berakhir

·         Kerjasama kuasa besar

·         Keberkesanan strategi serangan

·         Kegagalan operasi menawan Rusia

·         Kejayaan operasi pendaratan Tentera Bersekutu

 

Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

Peluasan Kuasa Jepun

·         Dasar peluasan kuasa Jepun – keperluan perindustrian, pengaruh golongan tentera, orde baharu asia

·         Sekatan ekonomi terhadap Jepun

·         Rancangan penaklukan wilayah di selatan

Peristiwa

·         Bermula apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour, Hawaii, iaitu pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik.

·         Serangan Pearl Harbour – melumpuhkan armada laut Amerika Syarikat di Pasifik yang boleh menjadi penghalang kepada peluasan kuasa Jepun ke Asia Pasifik

·         Serangan ke atas wilayah jajahan Amerika Syarikat, Britian dan Belanda yang lain seperti Filipina, Hong Kong, Pulau Guam dan Pulau Wake.

·         Penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Asia Pasifik apabila mengisytiharkan perang terhadap Jepun

 


Comments