Maksud Nasionalisme


Nasionalisme bermaksud perasan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme juga boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan untuk menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Selain itu, nasionalisme juga membawa maksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. Idea nasionalisme ini tidak sama dengan antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan,agama, bahasa dan adat resam.


Beberapa orang Tokoh dan sejarawan telah memberikan tafsiran berkaitan dengan maksud nasionalisme mengikut pandangan mereka:


Hans Kohn

  • satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya 





Professor William R.Roff
  • kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua. (ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu serta faktor ekonomi)
  • kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme Barat melanda Tanah Melayu


Dato' Onn Jaafar
  •  menzahirkan satu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki sendiri
  • mengambuil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu






Dr. Burhanuddin al-Helmi
  • pejuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan yang kuat (National Fronts)
  • segala tenaga menentang penjajahan hendaklah digunakan untuk mencapai kemerdekaan dengan tetap berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan agama Islam (menubus,merebut dan merampas kembli hak mutlak bangsa kita yang telah ditenggelamkan)




Dr. R. Suntharalingam
  • fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat
  • menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu





Professor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
  • bukan gejala baharu hasil penggabungan Tanah Melayu oleh British, tetapi nasionalisme Melayu telah wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu
  • orang Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke "Tanah Melayuan"


Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
  • merujuk kepada perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri

 
 


Comments