Soalan Esei

 1. Bagaimanakah semangat tersebut telah mempengaruhi semangat nasionalisme di Asia Tenggara?

Semangat nasionalisme telah mempengaruhi semangat nasionalisme di Asia Tenggara apabila orang Barat telah mencetuskan konflik yang membuatkan rakyat di Asia Tenggara bertambah berani dan bersemangat untuk menentang penjajah. Contohnya, Nasionalisme di Filipina iaitu Jose Rizal telah menubuhkan liga Filipina pada tahun 1892 untuk mendesak kerajaan Sepanyol supaya melakukan perubahan politik,ekonomi dan sosial di Filipina. Peritiwa ini boleh dikaitkan dengan key concept ,Change iaitu penduduk berubah dari rakyat penjajah kepada rakyat yang sanggup berjuang demi kepentingan rakyatnya. Terdapat banyak perkara yang dilakukan pada generasi terdahulu dalam mencapai kedaulatan dan kemerdekaan yang seharusnya kita hargai dan seharusnya kita kenang dengan cara menyambut Hari Kemerdekaan dan berkunjung ke muzium dalam mempelajari sejarah terdahulu.Seperti yang dikatakan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dr.Khoo Kay Kim iaitu “Dalam konteks Melayu sebelum Merdeka,nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.”Ini dapat membuktikan bahawa nasionalisme telah wujud sejak sekian lama dan semangat nasionalisme sememangnya mampu menjamin satu keamanan dan kedaulatan negara.

2. Sejauh manakah perubahan politik telah mengubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka?

Perubahan politik dunia telah mengubah tindakan dan pemikiran orang Melayu sebelum merdeka apabila pelbagai aktiviti politik yang berlaku menerima campur tangan asing. Pemikiran orang Melayu yang sebelum ini agak selesa telah berubah kepada cara pemikiran yang lebih kritikal dalam menentang campur tangan asing.Hal ini demikian kerana penajajahan boleh berlaku apabila campur tangan asing telah bermula lalu terdapat ketidak adilan dalam pentadbiran.Ia sekaligus meningkatkan semangat juang orang Melayu dalam mempertahankan hak mereka.Key concept change dapat dilihat apabila berlakunya perubahan dari segi cara pemikiran serta cara penyusunan strategi.Hal ini dapat dibuktikan apabila wujudnya kesungguhan dalam menentang penjajah seperti yang dilakukan oleh Penghulu Dol Said,Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam,Dato’ Bahaman,Rentap,Mat Salleh,Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.


3. Perjuangan nasionalis di seluruh dunia telah memberikan kesan kepada nasionalisme orang Melayu sebelum merdeka. Jelaskan.

= Nasionalisme dan agenda nasionalis di negara-negara Asia Tenggara yang baru merdeka mempunyai matlamat membentuk sebuah negara-bangsa dan telah mempengaruhi politik dunia dengan semangat tidak pernah putus asa walaupun menghadapi pelbagai cabaran.Ini menjadikan politik dunia semakin maju dengan adanya pemikiran seperti ini.Sebagai contoh, apabila Pengisytiharaan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada tahun 1899 tidak diikftiraf oleh Amerika Syarikat, golongan nasionalis ini mengubah strategi perjuangan dengan menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana.Golongan ini tidak menyerah kalah dan menuntut kemerdekaan ini sehingga Perang Dunia Kedua.Selain itu, nasionalisme di Indonesia juga telah mempengaruhi politik dunia dengan  kesedaran yang terus berkembang dengan kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun seperti Muhammadiyah untuk mempertahankan agama Islam daripada ancaman sekularisme Barat.Related concept ‘power’ boleh dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa ini kerana perjuangan pemimpin-pemimpin ini yang tidak kenal dengan sifat putus asa dan menyerah kalah, ia telah mengubah pemikiran rakyat untuk memperjuangkan nasionalisme di negara mereka.


 Debatable- generasi muda hari ini tidak patriotik dan hilang jati diri. hujahkan

Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut.Hal ini kerana, generasi muda pada zaman kini, tidak menghayati jasa-jasa prajurit yang telah mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan tanah air yang tercinta ini.Contohnya, terdapat banyak perbalahan antara kaum disebabkan isu-isu rasisme yang tinggi pada sejak kebelakangan ini.Selain itu, mereka terlalu mengikut budaya negara luar sehingga melupakan adat resam di negara ini. Hal ini menyebabkan mereka tidak akan menurunkan tradisi nenek moyang mereka kepada generasi yang lainpada masa yang akan datang.Di samping itu, mereka terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak bermoral di media sosial atau filem-filem dewasa.Perkara ini menyebabkan generasi muda ini semakin hilang akhlaknya dan wujudnya sikap  tidak bermoral.Kesimpulannya, generasi muda hari ini amat mudah dipengaruhi dengan pelbagai perkara.Justeru, pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa dan juga sekolah haruslah mengambil peranan dalam mengubah sikap anak muda pada zaman kini agar tidak ditenggalami oleh budaya-budaya luar.Related concept ‘change’ boleh dikaitkan kerana generasi muda kini semakin melupakan budaya dan tradisi nenek moyang mereka setelah berdekad-dekad selepas kemerdekaan negara kita ini.



Comments