Perkembangan Nasionalisme di Asia

 Perkembangan nasionalisme di Asia merupakan kesinambungan idea nasionalisme di Barat kesan daripada perkembangan yang berlaku dengan bangsa Eropah. Kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia mencetuskan kebangkitan nasionalisme seperti India, China, Mesir, Empayar Uthmaniyah dan Jepun.


Nasionalisme di India

Merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British.
• Kebangkitan rakyat tempatan dalam Dahagi India 1857.
• Nasionalisme awal bercorak gerakan yang memberikan perhatian kepada isu sosioagama.
• Brahmo Samaj dan Arya Samaj - pertubuhan penting yang menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan dari pengaruh budaya Barat
• Perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelek yang memulakan gerakan lebih tersusun dengan menubuhkan Kongres Kebangsaan India (INC) pada 1885 dan Liga Muslim pada 1906.
• Gerakan bersifat keras yang diketuai oleh nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal yang menggerakkan semangat penentangan secara militan terhadap British.
• Selepas perang dunia kedua, INC dan Liga Muslim membentuk jawatakuasa khas bagi merangka rancangan pembahagian India iaitu India dan Pakistan.
• 14 Ogos 1947, Pakistan diumumkan merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan.
• 15 Ogos 1947, India pula mengisytiharkan kemerdekaan dengan Jawaharlal Nehru dilantik sebagai Perdana Menteri pertama India.


Nasionalisme di China

Bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.
• Bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu yang dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat.
• Masyarakat China turut hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu yang gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat
• Gerakan nasionalisme seterusnya bercorak anti-Barat kerana menentang campur tangan kuasa Barat di China
• Dr. Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i) sebagai ideologi iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial yang menjadi asas kepada Revolusi China pada tahun1911 yang berjaya menumbangkan Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China.


Nasionalisme di Empayar Uthmaniyah dan Mesir

Lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam yang diancam oleh imperialisme dan mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah
•  Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam. Dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Berlaku pertembungan budaya Eropah-Amerika dengan budaya tempatan. Gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis.
• Gerakan Pan - Islamisme.Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat) pada tahun 1883 untuk memperkuat rasa persaudaraan dan umat yang maju. Pertubuhan ini telah menerbitkan akhar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea iaitu penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia untuk banngkit menghalang perluasan kuasa Barat.
• Empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam yang ditindas penjajahBarat bangkit berjuang bersama empayar Uthmaniyah.
• Pemerintah empayar Uthmaniyah, Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea ini dan mendapat sokongan umat islam di seluruh dunia termasuklah Tanah Melayu seperti Kebangkitan Tok Janggut 1915.


Nasionalisme di Jepun

Digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat.
• Era Pemulihan Meiji yang dilancarkan oleh Maharaja Mikado Meiji (1868) yang menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati kuasa Barat.
• Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme rakyat dan pemerintah semasa era Pemulihan Meiji.
• Pemulihan meliputi pembaharuan dalam aspek kehidupan yang menjadikan Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia.
• Namun begitu, desakan ekonomi dan nasionalisme yang melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa imperialis di Asia.

Comments